Pages

Wednesday, February 23, 2011

RUPANYA MATAHARI MASIH BERSINAR.....

Merungkai kembali kata2 hati..."ESOK MASIH ADAKAH UNTUK KU"...ku pegapkan diri untuk melontarkan jawapan YA...
Alhamdulillah,kegagalan untuk melanjutkan pengajian ke UPSI cukup memberi satu tamparan hebat buat diri,darah yang mengalir keseluruh anggota ini,masih hangat & dahagakan ilmu pendidikan.. Rupanya,kegagalan itu Allah gantikan dgn sesuatu yg lain.. Di tawarkan utk bertugas di MPOB & juga ditawarkan utk bkhidmat sebagi Guru di Sekolah Swasta di Batu Pahat pada satu masa yg sama,bblah bg diri mana 1 harus ku pilih.Ikutkan hati,mahu shj ku pilih utk bkhidmat sbg Guru,kerana mmg cita2ku,namun dorongan+pandangan kuat keluarga,mbuat kn aku utk memilih bkhidmat di MPOB,aku berperang dgn diri...
Ku pegapkan diri,di kala ini hanya Allah tempatku mengadu,Alhamdulillah ptunjuk dari Allah,hati kecil ini telah Allah gerakkan utk memilih MPOB.Ku tahu,pasti ada NGAUMAN SINAR di sana.. Redha & pasrah dgn ketentuan ALLAH,hanya semangat & untaian DOA mjadikan diri terus kental+kuat.baru ku tahu,aku bagaikan biadat di Bumi Allah,punya angguk tak punya teman.. bagaikan bul2 mencari erti keasnafan... YA ALLAH AKU REDHA DGN KETENTUAN MU...

Sunday, January 16, 2011

Catatan Duka

Assalammualikum w.b.t...
buat rakan2 & pembaca2 di dunia maya ini... terpanggil utk mcoret & menconteng ruangan blog yg sudah blapuk+bhabuk,dek kerana kesibukkan yg mlanda diri... Layangan midan menerjah kembali ke suasana 3 thun lalu,ktike sdg mnuntut d UDM Kampus KUSZA(La ni dh tkar UniSZA)... scare sdar ataupn tdk,hampir sthaun tlah ku tinggal kn alam bgelar stdnt... meskipun hati mronta2 kuat utk menyambung pengajian d pringkat Degree.. but,blom ad rezeki... Ok,back to da story... sgt sronok bile bgelar stdnt... smua nye terjaga+t'urus... but,bile dh tinggal kn campus,smua ny cam srabut,pe x ny... smua kje kt umah ibu yg buat,bsuh bju,masak,kemas umah.aku sibuk memanjang keje pagi-ptang... mlm tdo,esok rutin yg bulang lg... ahad je cuti.. klu dlu tym kt campus smua buat sndiri but la ni x lg dah... Tambahan pule,rutin harian pd ketika ini sgt mbosankan... bgn pgi2 p kje... then blek umah... lwat ptng... hari2 buat bende yg sama... sungguh x dpt d aplikasikan pe yg dh study 3 thn d UDM... hari2 kire stok2 kain+stok kekabu... rasa cam x bkembang otak+pmikiran... d tambah plak,kne handle2 pkeja2 nepal... yg bbagai cengkadak+kerenah... kdg2 rase mcm nak sepak laju2 & kekadg rse nk gelak... mane x nye... lain yg ku ckp,lain plak yg d buat ny... lastly,ak plak tpakse mnadah tlinge bebelan bos.... even.position ku skrg,jauh tsasar dgn ape yg ku study,ade stu pkare yg mmg x ak prolehi mlalui teori d campus... bile dh duduk d dunia pkejaan lain amat rasa nye... SANGAT BERBEZA... klainan tu x dpt nk d tafsirkn mlalui pnulisan kat cni... hnye dpt,bile kite dah dok kat alam realiti pkejaan.... melihat hampir 97% rakan2 ku menyambung pengajian di pringkat Degree,kekdg sedih jgak bcoz hnye bberape ketol yg x smbung study,ad d antara rkn2 ku yg x smbung study,smua ny... dh dpt kje2 yg sekufu dgn qualification depa.. n depa mmg nk kje dulu... cume ak kat cni,yg pd asal nye sgt bkobar2 utk smbung study... tapi blum ad rezki,bkn x dpt offer,ad dpt d UMT bln 7 thn 2010... namunku tolak dek kerana,ak sgt meminati bidang pendidikan,keran cite22 ku utk bgelar guru mmg dh tertanam sjak kcil lg... Alhamdulillah,berkat kesabaran,akhirnya,ak dpt utk duduki ujian MedSI & Interview d UPSI.... kos tu jauh jgak tersasar EKONOMI RUMAH TANGGA... huhu... org bile dgr smua gelakkan ak,haha.. ak pn tglak sndiri.... nak wat mcm mane dh d offer ak pulun je....
KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI
Akhir nye,bile kputusan d umumkan nama ku tiada dalam rekod,wahhhhhaaa... mnitis2 air mata... sdeh jgak,lantas ku hubungi pihak UPSI,sgt menyedapkan jawapan d beri,"Utk batch december 2010/2011 UPSI x mau ambil,llaki,so even encik pass MedSI& Intrvw pn,mmg kmi x kan ambil.... pAAAAAAANNNNNNnnnnnnggggggggg!!!!! tu dia sbar je la... so,ak bmonolog sndiri,knape klu x mau ambil stdnt llaki depa pnggik ak p intrvw????????? smpi skrg blegar2 soalan d pikiran ku...
Kugagah kan juga diri,dgn skali lg mbuat rayuan kmasukkan,dlm jurusan Pend Khas
PANgggggggggggGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!
Tamparan hebat,bile skali lg kputusan d umumkn nama ku tiada dlm rekod... sungguh sedih,3 hari jd cam bengong2... lastly,Allah beri kekuatan buat diri... aku tlupe sbenar nye,bahawa Untuk dapat kn ssuatu perkara,janagn kite mengharap pada makhluk,sepatunye berharap lah kite kpd Allah... Allah beri ujian ni pd aku mungkin ad hikmah nye... REDHA dgn ketentuan Allah... bukan rezeki ku d situ!!! Ya Allah jika ini baik untuk diriku . agamaku,phidupanku ak redha Ya Allah.. Ya Allah,bantulah hamba Mu ini,jike ssuatu perkara baik untuk diriku,agamaku,phidupanku kau dekatkanlah ia Ya Allah,namun Ya Allah,jike ssuatu pekara itu tidak baik untuk diri ku,agama ku,penghidupan ku,kau jauhkan lah ia dari dirku & kau luputkan lah ia dari ingatan
Kini,bermulalah episod baru,yg akn ku jalani sebagai insan yg sdg mengemudi bahtera duniawi,yg penuh dg pancaroba,segala2 nye ku pohin dari Mu & kuserahkan kpd Mu Ya Allah....

ADAKAH ESOK MASIH ADA UNTUK KU???????????????????????????????????????

Friday, October 8, 2010

CINTA MADINAH....



ASSALAMMUALIKUM W.B.T..............
zulkaedah bakal menjelma... mengantikn syawal yg akan meninggalkan kita.... bermakna juga akan menjelma bulan ZULHIJJAH... tatkala d bulan inilah umat islam mengerjakan rukun islam yang ke5... menunaikan fardhu haji.... jiwa ini terus bermonolog "entah bila agaknya akunakan menerima 'jemputan' Allah ini"... hati terdetik & terpanggil untuk ke Tanah Suci,meskipun tidak di jemput untuk menunai kan fardhu haji,alangkah gembira & seronok nya,jika dapat menunikan UMRAH... Ya ALlah kau perkenankanlah doa ku ini... Titisan air mata,takala melihat ka'abah dari media massa mahupun medi cetak.. seraya aku sering memasang angan2 yg mengunung tinggi.. untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci... Kadangkala,sering bermain di benak fikiran,sempatkah aku untuk ke Tanah Suci,sebelum di jemput mengahadap Ya Rabbul Jalil... yang mana tika itu jasadku tidak lagi bergelar MANUSIA...

irik lagu cinta madinah
CINTA MADINAH

Kembali kita berjauhan
Salam terpisah
Senyum tertahan
Rindu berbuah
Sayangnya merendang

Jauh begini hati teruji
Cinta Madinah dalam lembayung
Dalam terlarang
Tersinar yang agung
Bertopang cinta padamu nabi

Di bumi Madinah
Menjadi saksi
Cinta Madinah mekar berseri
Sinaran malar terik mentari
Dijurai dingin malam
Terukir setiamu

Kunjungan rindu
Mengatur alam rindu
Cinta Madinah menyebar harum
Menyebar semarak dalam kasih yang subur
Semarak dalam kasih cinta madinah

Sunday, July 4, 2010

TALQIN DETIK TERAKHIR...GERUN & INSAF

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai ABU HANIFAH BIN MAZNAH, wahai ABU HANIFAH BIN MAZNAH, wahai ABU HANIFAH BIN MAZNAH, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai ABU HANIFAH BIN MAZNAH, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai ABU HANIFAH BIN MAZNAH, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad
dur rasulullah".

Wahai ABU HANIFAH BIN MAZNAH tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai ABU HANIFAH BIN MAZNAH, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

P/S;baca talkin ni,then cuba tukar kan nama kalian ber BIN/BINTI kan emak kalian

Friday, May 28, 2010

Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

Continue
(DIPETIK DARI meit-habib.blogspot .com)
Kisah si Shahid
(**...syukran credited to blogger karkuzaridakwahiman, Anak Pendang Sekeluarga, and REVOLUSI PERJUANGAN!!! for info...)

Karkuzari (laporan) ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham.

Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Arwah berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan-kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangkan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.

Detik-detik kematian Allahyarham..

Rakan arwah, Fadhil, yang turut bersama jemaah ini telah ditanya oleh Datuk Hj. Abdul Rahman di Masjid Pangeran Hj. Galpam berkenaan kejadian yang menimpa arwah. Dia menceritakan pada pagi Selasa 4hb Mei 2010, arwah diberi tanggungjawab untuk memberi bayan selepas sembahyang fardhu subuh berjemaah. Kemudian kesemua mereka bermesyuarat untuk mengagih-agihkan tugasan pada hari itu. Setelah mesyuarat dan beberapa waktu ketika, mereka (pelajar) seramai 5 orang pergi ke sungai berhampiran untuk mandi kerana simpanan air di surau amat terhad untuk kegunaan wudhu dan lainnya. Pada waktu awal pagi itu yang masih berembun (suasana pedalaman), mereka kesemuanya turun ke tebing sungai yang mana ketinggian paras air di tebing sungai itu sahaja pun sudah separas dada. Mereka termasuk arwah cuba berenang menyeberangi sungai ke tebing bersebelahan. Setelah hampir di pertengahan, mereka memutuskan untuk kembali semula ke tebing kerana sungai itu amat dalam. Arwah tertinggal di belakang dan lemas tenggelam. Rakan mereka menyangkakan arwah bergurau kerana kali terakhir mereka melihat sebelum arwah tenggelam, dia masih kelihatan tersenyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah dua minit berlalu, barulah mereka risau kerana tidak melihat arwah. Pada pagi itu juga, ada beberapa pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki berhampiran sungai untuk ke sekolah. Mereka inilah yang membantu rakan jemaah mengeluarkan arwah daripada dasar sungai. Dalam usaha menyelamatkan arwah dengan menekan pada dadanya, air berserta lumpur keluar daripada mulut arwah dan tidak dapat diselamatkan lagi.
انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Jemaah telah pergi ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian ini. Akhirnya, pegawai polis yang telah diberi tanggungjawab, menghantar jenazah ke Hospital Duchess of Kent di bandar Sandakan dengan menaiki jeep untuk mendapatkan pemerikasanan lanjutan daripada pihak hospital. Dua orang daripada jemaah ikut serta, seorang rakan seusaha tempatan yang nusrah jemaah ini dan seorang lagi rakan arwah, Fadhil. Hj. Darwis yang juga merupakan syura Sandakan dan seorang doktor di hospital tersebut, mendapat perkhabaran ini dan kemudiannya menyebarkan berita ini kepada rakan seusaha yang lain. Hari selasa malam rabu merupakan malam mesyuarat mingguan usaha dakwah & tabligh di Sandakan. Takaza ini dibentangkan dalam mesyuarat supaya pengurusan jenazah arwah dilakukan dengan kadar segera dan dihantar ke pangkuan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor. Tugasan telah diagih-agihkankan kepada rakan seusaha yang bersedia menyambut tazaka ini, daripada hal pengurusan jenazah di bilik mayat hospital termasuklah mengkafan dan menyembahyang arwah sehinggalah pengurusan kargo di lapangan terbang Sandakan.

Rabu, 5hb Mei 2010..

Selepas sembahyang subuh berjemaah, rakan seusaha yang telah diberi tanggungjawab, pergi ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent. Semasa arwah dikeluarkan daripada peti sejuk mayat, beberapa rakan seusaha mengangkat arwah. Seorang daripada mereka menceritakan, jenazah arwah sangat ringan dan lembut tidak kaku seperti orang yang masih hidup. Wajah dan tubuh arwah kelihatan berpeluh, seperti baru sahaja mandi. Tubuh arwah masih dalam kemerah-kemerahan. Arwah dimandi dan dikafankan, kemudian disembahyangkan oleh rakan seusaha yang ramainya dalam sekitar 30 orang di tempat khas. Jenazah juga disembahyangkan oleh beberapa rakan seusaha yg lain selepas itu. Hj. Lakariba (syura Sandakan) tidak menahan esak tangis semasa menyembahygkan jenazah. Sementara menunggu pegawai kementerian kesihatan pada pagi itu, Hj. Lakariba membuka semula kafan arwah dan melihat wajahnya, sekali lagi Hj. Lakariba menangis. Rakan seusaha yang lain mengatakan, wajah arwah tenang dan tampak keputihan seperti diletakkan cairan lilin pada permukaan wajahnya. سُبْحَانَ اللّهِ

Pada pukul 9 pagi, pegawai daripada Kementerian Kesihatan datang dan menguruskan jenazah. Pemeriksaan pada tubuh arwah dilakukan, keranda dipakukan pada empat penjuru, dibungkus dengan canvas dan diberi cop/seal sebagai tanda sudah diberi pengesahan. Lebih kurang sejam selepas itu, barulah jenazah dihantar ke lapangan terbang Sandakan. Fadhil rakan pelajar arwah yang turut keluar 40 hari bersama arwah, menaiki kapal terbang ke KLIA menghantar jenazah arwah. Diberitakan oleh rakan seusaha, pengurusan jenazah teratur dan lancar/dimudahkan oleh Allah. Semasa menghantar jenazah arwah, tiada lampu isyarat merah melambatkan perjalanan.Allahyarham kembali ke rahmatullah pada waktu pagi, keesokan paginya juga jenazah dapat dihantar ke Semenanjung.

Sedikit karkuzari daripada Faiez Yemeny di FB, group Umat akhir Zaman, beliau mengatakan bahawa allahyarham masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu(UMT).
Arwah seorang yang amat peramah, sentiasa tersenyum, fikirman dan karkun lama dikalangan pelajar.

Walaupun sudah dua hari berlalu, darah di hidung dan mulutnya masih lagi mengalir, muka tenang dan jernih.

Sebelum arwah berangkat bersama jemaah ke Pamol, arwah sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala Syahid kepada arwah, diberi ganjaran SyurgaNya tanpa Hisab, diberi kesabaran kepada ayah bondanya dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Amin Ya Rabbal Èalamin...

SEDIKIT CORETAN....
Arwah huzaifah dan Abg Wafi ada dtg ke bilik saya UMMU SULAIM 115(USM 115),di UDM Kampus KUSZA,arwah datang memberikan sedikit nasihat & berkongsi buah fikiran(terpancar ketenangan dan senyuman ketika arwah dtg menziarahi saya,&masih segar lagi dlm ingatan).Nasihat yg arwah berikan masih segar di ingatan saya..Insya Allah,segala nasihat dan pandangan yg arwah berikan kepada saya akan saya laksanakan sekaligus sama2 memikul amanat yg diberikan utk sama2 pjuangkan agama Allah yg Maha Suci ini.Mudah2an Allah berikan kekuatan utk sy laksanakan amanat tersebut.Saya agak terkejut dgn berita kematian arwah huzaifah,saya dpt tau berita kematian arwah pd 26/5/2010-Rabu,dpd salah seorg junior(HRM) sy di UDM.Mulanya agak kurang percaya namun,setelah di lihat bukti yg sgt kukuh,sy percaya..Dlm usia yg begitu muda arwah pergi dalam menegakkan agama Allah.Mudah2an di tempatkn di sisi para syuhada' & para solihin.Amin.........

Monday, April 19, 2010

Futher Study at Australia.....
Ni feedback yg ak dpt dr letcurer Faculty Of Business Mgt & Accountancy,UDM yg la ni tgh study(PhD) at Griffith Uni,Australia... So,sesape yg bminat ataupn bcita2 nk further study kt Australia... korg bleh la p kt website bwh ni... Kt website tu mcm2 infrmtn yg korg bleh dpt...

salam..

sorry, i haven't replier earlier..ok living cost di australia pun quite expensive.. i think for the sustenance, you should have about AUD1,000 per month (that is about RM3,000 per month) cos rumah saje pun about AUD400 per month (sewa bilik, about RM1,200)- this is for brisbane and gold coast only , i think sydney is more expensive...for tuition fees, it depends on universities..however, there are certain places where the living cost is cheaper for e.g. in the southern queensland, at toowomba (near University of Southern Queensland)

My housemate, a Bruneian, who is also an undergrad student do have transfer credit from this Uni, but she need to study here for one and a half year (and it's only for bachelor degree...without honours)....Those who want honours degree have to extend for another year... However, this info is relevant for Griffith uni only. However I am not sure about the transfer credit of diploma students in UDM...i think you could email them for info...they're quite helpful...they want more students coming in July this year

But for more info on all uni in Australia, i think it is best to go to the exhibition on education in australia...by idp education...there's exhibition this may 2010 in subang jaya, kl and melaka..this is the url http://www.malaysia.idp.com/upcoming_events_2010.aspx or you can contact them at the following address:

Kuala Lumpur
6th Floor, West Block
Wisma Selangor Dredging
142-C Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 60 3 2162 3755

Fax 60 3 2162 2078

E-mail: info.kualalumpur@idp.com

Web: http://www.malaysia.idp.com

Senior Counsellor: Ms Angeline Foo

I went there myself when I was back in msia in my process to choose universities...

i hope this info is useful for you..all the best..

kind regards

wassalam
Upcoming Events 2010
www.malaysia.idp.com
Belasungkawa: Achik pergi ketika ligat promosi kerjaya seni


2010/04/19
Achik Spin (1982 - 2010)

“D, dah tak ada... Tasha macam mana?” begitulah rintihan pilu isteri penyanyi utama kumpulan Spin, HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, apabila mendapat tahu suaminya, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari maut dalam kemalangan di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang - Seremban (Lekas) di Mantin, Sabtu lalu.

Begitu hebat dugaan wanita bernama Tasha ini. Baru kehilangan cahaya mata sulungnya, Puteri Rania yang ketika itu berusia dua bulan, kira-kira tiga tahun yang lalu, Tasha yang hanya bergelar suri rumah tangga diduga sekali lagi apabila kehilangan insan yang amat dekat dan akrab dengannya serta menjadi tempatnya bergantung.
Terlalu singkat kemanisan yang dipinjamkan-Nya. Mereka hanya sempat berkongsi hidup selama lima tahun, kini tanggungjawab membesarkan dua puteri mereka Putri Nursafiyaa, 2 tahun dan Putri Nursumayya, 11 bulan, tergalas di bahu Tasha seorang.
Seperti Allahyarham Din Beramboi yang baru saja kembali aktif mewarnai dunia seni, begitu juga Achik. Penyanyi utama kumpulan Spin yang satu ketika dulu cukup popular bersama rakan duetnya, Siti Nordiana, baru saja hendak kembali mewarnai dunia seni. Mereka kini sedang ligat mempromosikan single terbaru berjudul Cari Ketenangan sentuhan Ajai, namun ternyata Achik yang terlebih dulu menemui ketenangan abadi.

Berita pemergian Achik itu cukup mengejutkan kerana wajahnya baru saja muncul di program Gah 1 yang muncul secara langsung di TV1. Namun beberapa jam selepas itu peminat penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu dikejutkan dengan berita kematiannya. Selain di RTM, pasangan itu juga sudah pun menjalani rakaman program Jangan Tidur Lagi, namun belum sempat program itu ke udara pada Rabu ini, Achik sudah pun tiada.

Nampaknya, hasrat Achik dan Nana untuk mengembalikan kegemilangan sebagai pasangan duet yang pernah mereka kecapi pada 2003 sewaktu populariti lagu Paling Comel daripada album Istimewa Untukmu itu tidak kesampaian. Selain lagu duet, single terbaru kumpulannya berjudul Engkau Yang Ku Cinta juga kini sedang ligat diputarkan di stesen radio dan mendapat maklum balas positif daripada peminat.

Achik yang menyertai kumpulan Spin, yang ditubuhkan pada 1998 di bawah syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) juga mempunyai sebuah lagi album duet juga bersama Nana iaitu Benang Emas. Album duet kedua mereka itu diterbitkan sekitar 2005. Gandingan dua penyanyi ini ternyata berjaya sehingga mencetuskan fenomena, malah album duet mereka ketika itu berjaya terjual sehingga lebih 100,000 unit.
Bersama-sama kumpulan Spin pula, Achik memiliki empat album iaitu Roda- Roda Rindu, Litar Asmara, Spin 3 - Demi dan Keranamu. Album kumpulan itu juga berjaya terjual sehingga 75,000 unit.

Berikutan popularitinya ketika itu, Achik pernah diundang berlakon filem. Percubaannya dalam bidang lakonan ternyata tidak sia-sia apabila bakatnya mendapat pengiktirafan sehingga menerima anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-17 menerusi filem Diari Romeo. Selepas itu, dia banyak membintangi telemovie antaranya Demi, Prahara, Wad 04 dan Sifu.
Bagi Siti Nordiana, kehilangan Achik adalah satu kehilangan yang cukup besar. Berita kematian penyanyi itu amat-amat mengejutnya, baru saja setengah jam selepas dia menghantar penyanyi itu ke keretanya sebaik selesai menjayakan program Gah 1, tiba-tiba dia menerima panggilan berita kematian bukan saja teman duet, tetapi rakan akrabnya.

“Mula-mula saya tidak percaya dengan berita kematian Achik. Saya terus menghubungi kakak arwah untuk mendapatkan kepastian, sebaik mendengar suaranya yang menangis teresak-esak, saya tahu berita yang saya terima bukan main-main.
“Sebagai orang terakhir yang menemuinya, saya sangat terkejut dengan berita itu. Saya tidak melihat sebarang perubahan pada arwah, cuma saya perasan sewaktu kami menjayakan program di TV1 itu, arwah lebih banyak bercakap. Selalunya arwah tak seperti itu, lazimnya dia lebih suka melepak di luar menghisap rokok.

“Pemergian Achik memang satu kehilangan yang amat besar kepada saya, hingga mengganggu emosi saya seharian semalam. Selepas Cari Ketenangan, kami mempunyai rancangan untuk merakamkan sebuah lagi lagu yang dihasilkan oleh Aidit Alfian, nampaknya rancangan kami tidak kesampaian. Nana tak tahulah selepas ini macam mana, sebab selama ini jika menjayakan persembahan kami sering berdua, tetapi selepas ini Nana akan bersendirian,” katanya.

Bukan saja akrab dengannya, Achik juga rapat dengan keluarga Nana. Biarpun mereka jarang berhubung, sesekali Achik ada mengunjungi keluarga Nana di Sendayan kerana penyanyi itu berkawan rapat dengan abang Nana serta bapanya.

Sementara itu, Pengurus Promosi FMC, Fatulrahim Salim, berkata dia juga terkejut dengan berita pemergian Achik. Beberapa jam sebelum penyanyi itu terbunuh, dia turut berada di RTM menemani kedua-dua penyanyinya berkenaan. Justeru, apabila menerima panggilan telefon daripada seorang teman mengenai berita mengenai Achik, dia sangat terkejut.

Menurut Fatulrahim lagi, sebaik mendapat berita berkenaan, dia segera menghubungi telefon bimbit penyanyi itu namun tidak berjawab. Dia kemudiannya menghubungi isteri Achik, dan dia mengesahkan berita itu.

“Saya sangat terperanjat apabila mendapat berita Achik meninggal dunia kerana beberapa jam sebelum itu, saya ada bersama dengannya. Sewaktu menjayakan program Gah 1, saya nampak sikap Achik berbeza dengan sikap sebenarnya. Dia kelihatan seronok dan boleh bergurau dengan tetamu yang lain seperti Zehra Zambry sedangkan sebelum ini, dia seorang yang agak serius. Tak sangka pula itu petanda yang dia akan pergi.

“Walaupun Achik tidak ada, usaha untuk mempromosikan single terbarunya akan tetap diteruskan. Ini kerana sejak Spin muncul dengan single baru mereka, peminat ramai yang mula bertanya dan mahu mendapatkan kembali album Spin,” katanya.